Kawalan Kendiri : Hak Dan Peranan Ibu Bapa Dan Anak-Anak Di Dalam Dunia Digital
7 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 06 ogos 2019, telah diadakan seminar Kawalan Kendiri : Hak Dan Peranan Ibu Bapa Dan Anak-Anak Di Dalam Dunia Digital peringkat negeri Kelantan yang bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bahru, Kelantan. Kursus ini diadakan bermula dari pukul 8.30 sehinggan pukul 2.00 petang merupakan program anjuran Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) yang bertujuan untuk mengawal selia dan mempromosikan konsep kawalan kendiri industri berkaitan dengan kandungan yang disampaikan melalui media elektronik seperti televisyen, radio, telefon mudah alih dan Internet.
Kawalan kendiri membolehkan orang awam memilih dan menentukan sama ada kandungan itu baik ataupun tidak. Oleh itu, keputusan seseorang itu tidak bergantung pada pandangan orang lain mahupun dipengaruhi persekitaran. Pada masa sama, ibu bapa perlu mengambil tahu mengenai aktiviti alam siber anak-anak memandangkan di peringkat sekolah rendah lagi mereka sudah mempunyai akses kepada media sosial. kawalan kendiri sebenarnya bermula di rumah yang memerlukan pembabitan ibu bapa secara langsung dalam memantau aktiviti pelayaran Internet anak-anak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: